Friday, January 6, 2012

jangan ceburi kongsi gelap

Konon dilindungi ahli kumpulan

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: “Perlindungan, mendapatkan projek (perniagaan) dan kutip hutang. Itu sebab utama seseorang itu menjadi ahli kongsi gelap,” kata Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Pencegahan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap D7) Bukit Aman, Datuk Abd Jalil Hassan.

Menjelaskan lebih lanjut, beliau berkata, golongan remaja termasuk pelajar sekolah, contohnya menyertai kongsi gelap bagi mendapatkan perlindungan kerana mereka sering dibuli di sekolah.


“Jadi, dengan menganggotai mana-mana kumpulan terbabit, mereka berasakan diri lebih selamat dan tidak diganggu rakan lain di sekolah.

“Malangnya, selepas menyertai kongsi gelap apa yang mereka harapkan tidak berlaku. Sebaliknya, mereka dibebani dengan yuran dan komitmen kepada kumpulan. “Malah, mereka pula menjadi sasaran kumpulan sendiri seperti diugut dan dipukul sekiranya gagal mengikuti peraturan yang ditetapkan,” katanya menasihatkan remaja supaya menjauhi kongsi gelap.


Abd Jalil berkata, dia meminta ibu bapa, sekolah dan masyarakat segera menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa sekiranya melihat penularan aktiviti kongsi gelap berlaku di kawasan sekolah dan penempatan.


“Sikap menyibuk atau jaga tapi kain orang perlu dalam masyarakat bagi memastikan golongan remaja tidak terjerumus dengan helah mana-mana kumpulan kongsi gelap yang mahu merekrut mereka bagi mendapatkan wang.

“Orang ramai juga perlu sedar setiap daripada mereka dilindungi oleh undang-undang di negara ini, jadi mereka tak perlu sertai kongsi gelap untuk mendapatkan perlindungan,” katanya.


Abd Jalil berkata, orang dewasa pula berminat menjadi ahli kongsi gelap bagi memudahkan mereka mendapatkan projek atau peluang perniagaan, namun tanpa mereka sedari sebenarnya, mereka terpaksa berkongsi keuntungan dengan ahli yang lain.

“Bagi golongan peniaga pula mereka menyertai kongsi gelap bagi memudahkan mereka mengutip hutang sekiranya pembeli atau mana-mana pihak tidak melunaskan hutang, sedangkan cara itu bertentangan dengan undang-undang dan hanya menimbulkan masalah lain,” katanya

No comments:

Post a Comment