Thursday, October 6, 2011

disyaki bunuh anak

Pengurus bank ditahan reman bantu siasatan kes kematian anak

MUAR 5 Okt. - Seorang pengurus bank ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes penemuan mayat anaknya dengan beberapa kesan tetakan di dalam sebuah parit di Parit Amal di sini pada Sabtu lalu.

Perintah tahanan reman tersebut dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Sesyen di sini, Nor'iza Mohamed terhadap lelaki tersebut yang berusia 43 tahun mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Dalam kejadian Sabtu lalu, orang ramai dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki yang tidak diketahui identitinya di dalam sebuah parit di Parit Amal, Jalan Seri Tanjung, Bakri di sini.

Mayat tersebut yang hanya berseluar pendek pada mulanya dijumpai oleh sekumpulan kanak-kanak kira-kira pukul 2 petang di kawasan itu dengan kesan tetakan akibat objek tajam di leher, bahu dan tangan, selain beberapa kesan lebam di badan.

Hasil siasatan polis menerusi cap jari mangsa, identiti mayat itu telah dikenal pasti sebagai penduduk tempatan yang berusia 20 tahun dan berasal dari Taman Sri Temenggong, Jalan Temenggong Ahmad di sini.

Pengecaman mayat itu turut dibuat oleh suspek semalam sebelum dia diberkas oleh pihak polis pada pukul 10 malam hari yang sama.

Mangsa yang terbabit dalam penagihan dadah itu dipercayai telah dibunuh di tempat lain sebelum dicampak di dalam parit di kawasan tersebut dan meninggal dunia dalam tempoh 24 jam sebelum mayatnya dijumpai.

Difahamkan, suspek telah ditahan setelah polis mendapati kenderaan pelbagai guna (MPV) milik lelaki itu adalah sama seperti kereta yang digambarkan dilihat di tempat penemuan mayat berkenaan.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

No comments:

Post a Comment