Nyaris jadi mangsa tipu panggilan telefon
29 Ogos 2012
Namun kesedaran dan tindakan segera menyelamatkan wang milik mereka daripada lebur sekali gus menjadi mangsa kelicikan penjenayah terbabit.
Dalam kejadian pertama, seorang ahli perniagaan, Wong Yoke Meng, 41 dari Sungai Soi Baru di sini telah menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki Cina kira-kira jam 12 tengah hari.
Menurutnya, lelaki terbabit memperkenalkan dirinya daripada sebuah bank dan memaklumkan dirinya mempunyai hutang kad kredit selama tiga bulan berjumlah RM7,388.
“Memang lelaki terbabit menyatakan identiti diri iaitu nama dan nombor kad pengenalan saya dengan tepat namun nombor kad kredit yang dinyatakan tidak sama yang dimiliki dan menawarkan
potongan duit daripada akaun miliknya.
“Saya menolak permintaan lelaki tersebut. Namun kira-kira jam 2 petang, saya menerima panggilan sekali lagi daripada seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya Mr Ng dan memberikan nombor kad pengenalan selain mendakwa dirinya daripada Bank Negara,” dakwanya.
Sementara itu, situasi sama turut dihadapi seorang jurujual, Wong Kam Foon, 41 dari Jalan Air Putih di sini apabila menerima panggilan daripada seorang lelaki Cina kira-kira jam 10 pagi pada hari sama.
Kam Foon memberitahu, lelaki terbabit memberitahu nama sebagai Lim daripada bank sama dan menyatakan dirinya mempunyai hutang kad kredit selama tiga bulan sebanyak RM7,000.
“Memang nama dan nombor kad pengenalan yang disebut tepat tetapi nombor kad kredit tidak sama seperti dimiliki dan sebenarnya saya sudah menamatkan penggunaan kad kredit bank tersebut sejak lima tahun lalu," katanya.
Dia yang terkejut dengan situasi tersebut seterusnya membuat laporan polis di IPD kira-kira jam 3 petang hari sama.
No comments:
Post a Comment