Guna nama YB tipu rakan
3 Ogos 2012
Menurut mangsa, dua tahun lalu dia meminjamkan wang sebanyak RM5,500 dan membeli 10 komputer bernilai RM12, 000 menggunakan kad kredit setelah dipujuk rakannya itu.
Mohd berkata, lelaki berkenaan memaklumkan kepadanya wang dan komputer dibeli itu akan diserahkan kepada seorang Yang Berhormat untuk satu projek dilaksanakan.
“Setelah membeli komputer, dia memberitahu segala peralatan itu akan diserahkan kepada seorang “YB” di dua Dewan Undangan Negeri (Dun) di Terengganu.
“Kerana sudah lama kenal, saya tidak menyimpan sebarang keraguan terhadapnya, malah turut membiarkan dia mengambil barangan di mini market secara hutang," katanya.
Menurutnya, lelaki yang dianggap sebagai ahli keluarga itu berjanji akan memulangkan segala wang pinjaman dalam tempoh seminggu tetapi sehingga kini tiada sebarang bayaran dibuat, bahkan dia juga gagal dikesan.
“Hutangnya di mini market sahaja mencecah RM2,000 dan setiap kali dihubungi dia berjanji akan melangsaikan hutang dengan segera.
“Sekarang sudah masuk duat ahun tetapi segala hutang berlarutan begitu sahaja, bahkan dia juga cuba melarikan diri dari saya,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di kedainya di Bukit Sekilau, di sini, semalam.
Katanya, atas nasihat seorang rakan dia telah membuat laporan polis mengenai kejadian itu dan bukan sahaja mengalami kerugian akibat ditipu tetapi dia terpaksa melangsaikan hutang kad kredit yang berganda.
“Lihat dari segi luaran dia seorang yang mewah kerana mempunyai beberapa kereta dan tinggal di rumah sewa yang mahal.
“Sejak sebulan lalu saya gagal menghubunginya melalui telefon bimbit dan apabila ke rumah sewanya yang tidak jauh dari kedai, tuan rumah memaklumkan dia serta keluarga sudah berpinda tanpa menjelaskan sewa.
“Sudah terlalu lama saya memberi tempoh kepadanya tetapi segala janjinya itu hanya tinggal janji sedangkan saya menanggung kerugian.
“Saya berharap pihak polis akan mengambil tindakan terhadapnya dan kepada orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dengan lelaki ini,” katanya.
No comments:
Post a Comment