Pasangan jutawan berjaya ditahan
- Mazlan (tengah) menunjukkan wang tunai dan dadah milik suspek yang dirampas, sambil diperhatikan Timbalannya, Datuk Rosli Abd Rahman (dua, kiri) serta pegawai lain pada sidang media di IPK Kelantan, semalam.
KOTA BHARU - Modus operandi pasangan suami isteri hidup berpindah-randah, bertujuan mengaburi mata pihak berkuasa gagal selepas ditahan bersama tiga kilogram pil kuda di sebuah rumah di Jalan Kedai Lalat Kampung Chepa, Sering, di sini, Isnin lalu.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, lelaki berusia 23 tahun yang ditahan itu dipercayai ketua kumpulan sindiket Bunan dan bertaraf ‘King Pin’.
Katanya, serbuan oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kelantan pada jam 12.10 tengah hari itu, turut memberkas isteri suspek utama berusia 22 tahun bersama bayi mereka berusia tiga bulan.
“Kedua-duanya tidak mempunyai sebarang pekerjaan tetapi hidup mewah dan berpindah setiap empat bulan menyebabkan jiran tidak mengenali mereka.
Taktik ini digunakan pasangan berkenaan bagi mengelak dicekup polis.
"Bagaimanapun, polis berjaya menemui 15 tongkol dadah berjumlah 30,000 butir dengan anggaran seberat tiga kilogram di bilik dalam rumah tersebut,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini, semalam.
Menurutnya, dadah bernilai RM750,000 itu dipercayai diseludup masuk dari negara jiran, Thailand dan bertujuan untuk diedarkan ke pasaran di Kota Bharu, Bachok dan Tumpat serta mampu memenuhi permintaan 15,000 penagih dengan kiraan setiap seorang memerlukan dua butir setiap hari.
Mazlan berkata, selain dadah, turut dirampas ialah wang tunai berjumlah RM59,141, barang kemas bernilai RM10,000, tiga kereta dan sebuah motosikal, dengan keseluruhan rampasan tersebut mencecah RM1 juta.
“Suami isteri terbabit direman sehingga 27 Disember depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan,” katanya.

No comments:
Post a Comment