Didenda RM1,000 curi limau RM30
16 Februari 2013
Mohd Khairul Musa, 33 mengaku mencuri limau yang bernilai RM30 itu di KS 100, Kampung Permatang Peria, Jalan Sungai Soi bersama seorang lagi yang masih bebas kira-kira jam 1 tengah hari.
Lelaki itu juga bakal berdepan penjara tiga bulan jika gagal membayar denda.
Dia melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan iaitu penjara sehingga tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali
Dalam mahkamah sama, seorang remaja 21 tahun diarahkan membayar ikat jamin sebanyak RM2,600 selepas mengaku tidak bersalah mencuri komputer riba.
Mohd Sahidan Abu Suffian dituduh melakukan kesalahan itu pada 9 Februari kira-kira jam 1 petang dan menyimpan komputer itu di sebuah rumah di Taman Balok Sejahtera, dekat sini.
Dia melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan iaitu penjara sehingga sepuluh tahun dan denda, dan bagi kesalahan kedua atau yang kemudian boleh dihukum penjara dan denda atau sebatan.
Pendakwaan dilakukan Ain Fadilla Md Ali di hadapan Majistret, Rini Triany Muhammad Ali.
No comments:
Post a Comment