PORT DICKSON: Perjalanan jauh seorang remaja dari Shah Alam, Selangor ke bandar percutian ini untuk bertemu kekasih hati mengundang tragedi hitam apabila dirogol lelaki terbabit di sebuah rumah di Springhill, di sini.
Malah, lebih menyedihkan apabila remaja berusia 15 tahun itu turut dirakam gambar manakala barang kemas dan telefon bimbitnya dirampas teman lelakinya yang berusia 25 tahun.
Detik hitam remaja itu bermula apabila dia datang seorang diri ke bandar ini sebelum dijemput teman lelakinya pada 5 Jun lalu. Mereka kemudian ke sebuah rumah di Springhill.
Ketua Polis Port Dickson, Superintendan Baljeet Singh, berkata mangsa kemudian dirogol di rumah berkenaan kira-kira jam 4.30 pagi keesokan harinya.
“Selepas dirogol, suspek merampas barang kemas yang dipakai dan telefon bimbit mangsa sebelum menghantar gadis berkenaan ke stesen komuter Seremban pada keesokan harinya.
“Gadis berkenaan kemudian membuat laporan polis mengenai kejadian yang dialaminya pada 9 Jun lalu,” katanya.
Friday, June 25, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment