Friday, January 8, 2016

12 penipuan paling popular





Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu bijak mengenal pasti apakah penipuan yang sering dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini.

JSJK Bukit Aman sudah mengklasifikasikannya agak membimbangkan dengan taktik penipuan pula semakin licik dan canggih. Di bawah di senaraikan 12 jenis taktik penipuan paling popular yang di gunakan oleh golongan scammer ini :

1. Tawaran pakej haji dan umrah

Modus operandi: Sindiket menyamar kakitangan Lembaga Tabung Haji atau wakil syarikat agensi pelancongan yang menawarkan pakej haji serta umrah pada harga murah dan cepat. Namun, selepas mangsa membuat bayaran, pakej ditawarkan didapati tidak wujud. Ada mangsa menyedari di tipu selepas ada di lapangan terbang dan bersedia memulakan perjalanan.

2. Jual beli tanah

Modus operandi: Anggota sindiket berpura-pura hendak menjual tanah yang kononnya berpotensi di jadikan tapak kilang atau tanah pertanian. Harga di tawarkan lebih murah berbanding harga pasaran, menyebabkan ramai terpengaruh. Mangsa di tunjukkan geran tanah sebagai bukti dan di minta membuat pembayaran tunai. Mangsa hanya menyedari tertipu apabila mendapati geran tanah di berikan sebenarnya palsu selepas di periksa dengan pejabat tanah dan tanah di tawarkan itu milik orang lain.

3. Bomoh buang sial

Modus operandi: Dalang mendakwa mangsa ada sial, roh jahat atau nasib malang dan berkebolehan mengubah keadaan itu jika mangsa menjalani upacara rawatan khas membuang badi. Proses rawatan biasanya mengambil masa lama dan mangsa perlu membuat bayaran di tetapkan. Mangsa hanya sedar tertipu apabila tiada perubahan pada diri dan bomoh menghilangkan diri. Ada juga mangsa wanita di cabul dan di tiduri.

4. Jual beli kereta

Modus operandi: Sindiket mencari mangsa yang memiliki kereta tapi belum menyelesaikan pinjaman atau bermasalah membuat bayaran ansuran dengan bank. Mereka menawarkan bantuan kononnya boleh menjual kereta mangsa dan menyelesaikan urusan pinjaman dengan bank. Mangsa menyedari di tipu apabila pihak bank terus membuat tuntutan bayaran atau menerima saman lalu lintas. Selepas melakukan pemeriksaan, mangsa akhirnya mendapati keretanya tidak di jual, manakala anggota sindiket penipuan menghilangkan diri bersama kereta.

5. Menyewa tanah untuk pembinaan pencawang telekomunikasi

Modus operandi: Menyamar sebagai wakil syarikat telekomunikasi seperti Celcom atau Maxis yang kononnya ingin menyewa tanah untuk didirikan pencawang. Mangsa di tawarkan bayaran sewa bulanan tidak kurang RM10,000. Bagaimanapun, mangsa di minta menyerahkan geran tanah, membuka akaun bank baru kononnya untuk memudahkan bayaran sewa dan di minta mengeluarkan semua duit simpanan dengan alasan untuk mengelak cukai pendapatan. Selepas duit di serahkan, mereka menghilangkan diri. Kebanyakkan mangsa adalah penduduk di kawasan kampung.

6. Menang hadiah utama loteri/menang judi ekor 4D

Modus operandi: Dalang sindiket biasanya warga Indonesia yang bijak berlakon kononnya mereka memenangi hadiah utama. Anggota sindiket, termasuk wanita, mencari mangsa di kawasan awam, terutama wanita yang banyak memakai barang kemas pemilik kereta mewah.
Mereka mendakwa tidak boleh menuntut hadiah kemenangan kerana mereka warga asing, lalu menawarkan mangsa tiket loteri mereka dengan meminta bayaran sebanyak RM10,000 atau lebih. Biarpun jumlah itu besar, ia di katakan jauh lebih rendah berbanding hadiah kemenangan yang kononnya RM200,000. Jika mangsa kekurangan tunai, mangsa boleh menyerahkan barang kemas dengan nilai di kehendaki. Bagaimanapun, mangsa menyedari di tipu apabila mendapati tiket loteri/ekor di berikan sebenarnya tiket menggunakan jarum dan gam.

7. Beli barang runcit dengan cek palsu

Modus operandi: Sindiket membeli pelbagai barangan runcit, namun pembayaran terpaksa di buat dengan sebahagian kecil menggunakan tunai, manakala sebahagaian besarnya menggunakan cek, Mangsa menyedari tertipu apabila mendapati cek di gunakan tidak laku, manakala syarikat di maksudkan tidak wujud.

8. Menjual barangan yang didakwa daripada Jabatan Kastam

Modus operandi: Sindiket mendakwa memiliki barangan seperti telefon bimbit, kereta dan komputer yang hendak di jual dengan harga murah kerana ia kononnya barang lelongan kastam turut di gunakan untuk menyakinkan mangsa.
Mangsa di minta membayar sejumlah wang sebagai cengkeram atau deposit sebelum barangan dihantar kemudian. Namun, penghantaran tidak di buat dan anggota sindiket menghilangkan diri dengan wang cengkeram.

9. Menang peraduan AF/Celcom/Maxis

Modus operandi: Menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kononnya mangsa bertuah kerana memenangi hadiah peraduan sebanyak RM9,000. Namun mangsa perlu membuat bayaran ke satu bank sebanyak RM1,000 terlebih dulu. Mangsa menyedari tertipu apabila wang RM9,000 yang di janjikan tidak di serahkan. Polis kesal kerana banyak kali mengeluarkan kenyataan mengenai penipuan ini, namun orang ramai masih tidak ambil berat dan sanggup di tipu.

10. Gores dan menang

Modus operandi: Di anggotai sindiket yang mencari mangsa di rumah, kedai atau tempat awam. Mangsa di beri kad dan diminta menggores di atasnya untuk mengetahui hadiah di menangi. Hadiah di janjikan termasuk kereta dan wang tunai. Apabila mangsa ingin menuntut hadiah di premis yang selalunya beroperasi hanya dalam tempoh singkat, mangsa di minta membuat bayaran tertentu. Seringkali mangsa hanya menerima hadiah barangan elektrik, kerusi urut atau pinggan mangkuk yang tidak setimpal dengan wang di laburkan.

11. Tawaran bantuan kebajikan dan rumah PPRT/kos rendah

Modus operandi: Beroperansi dikawasan luar bandar dan mangsa biasanya orang tua,miskin atau ibu tunggal. Anggota sindiket menyamar kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau wakil yayasan kebajikan. Mangsa di janjikan bantuan kewangan tetap bulanan atau rumah PPRT/kos rendah pada harga potongan lebih 70 peratus.
Untuk memperolehnya, mangsa diminta mengeluarkan semua wang didalam bank bagi membuka akaun baru atau membuat sejumlah bayaran, kononnya deposit pembelian rumah. Biasanya, mereka sangup mengikut mangsa ke pejabat LTH atau bank untuk keluarkan wang. Ketika urusan membuka akaun bank baru dan mangsa diminta tunggu di luar bank dan ketika itu anggota sindiket menghilangkan diri.

12. Menang cabutan bertuah dari Hong Kong

Modus operandi: Mangsa menerima SMS mendakwa menerima hadiah cabutan bertuah wang tunai mencecah RM50,000 yang diadakan di luar negara. Mangsa bagaimanapun, di minta membayar yuran pemindahan wang kedalam akaun tertentu. Selepas bayaran di buat, wang kemenangan di janjikan tidak di peroleh.
 http://tokeinfo.com

Thursday, December 25, 2014

jutawan muda jual dadah

Pasangan jutawan berjaya ditahan
  • Mazlan (tengah) menunjukkan wang tunai dan dadah milik suspek yang dirampas, sambil
diperhatikan Timbalannya, Datuk Rosli Abd Rahman (dua, kiri) serta pegawai lain pada sidang
media di IPK Kelantan, semalam.Mazlan (tengah) menunjukkan wang tunai dan dadah milik suspek yang dirampas, sambil diperhatikan Timbalannya, Datuk Rosli Abd Rahman (dua, kiri) serta pegawai lain pada sidang media di IPK Kelantan, semalam.
 1 / 1 
KOTA BHARU - Modus operandi pasangan suami isteri hidup berpindah-randah, bertujuan mengaburi mata pihak berkuasa gagal selepas ditahan bersama tiga kilogram pil kuda di sebuah rumah di Jalan Kedai Lalat Kampung Chepa, Sering, di sini, Isnin lalu.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, lelaki berusia 23 tahun yang ditahan itu dipercayai ketua kumpulan sindiket Bunan dan bertaraf ‘King Pin’.
Katanya, serbuan oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kelantan pada jam 12.10 tengah hari itu, turut memberkas isteri suspek utama berusia 22 tahun bersama bayi mereka berusia tiga bulan.
“Kedua-duanya tidak mempunyai sebarang pekerjaan tetapi hidup mewah dan berpindah setiap empat bulan menyebabkan jiran tidak mengenali mereka.
Taktik ini digunakan pasangan berkenaan bagi mengelak dicekup polis.
"Bagaimanapun, polis berjaya menemui 15 tongkol dadah berjumlah 30,000 butir dengan anggaran seberat tiga kilogram di bilik dalam rumah tersebut,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini, semalam.
Menurutnya, dadah bernilai RM750,000 itu dipercayai diseludup masuk dari negara jiran, Thailand dan bertujuan untuk diedarkan ke pasaran di Kota Bharu, Bachok dan Tumpat serta mampu memenuhi permintaan 15,000 penagih dengan kiraan setiap seorang memerlukan dua butir setiap hari.
Mazlan berkata, selain dadah, turut dirampas ialah wang tunai berjumlah RM59,141, barang kemas bernilai RM10,000, tiga kereta dan sebuah motosikal, dengan keseluruhan rampasan tersebut mencecah RM1 juta.
“Suami isteri terbabit direman sehingga 27 Disember depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan,” katanya.

Sunday, November 16, 2014

janda menyamar lelaki

Janda bernama Azim



Kuala Lumpur: Seorang wanita tempatan berusia 40-an dikesan mempelajari taktik penipuan ‘cinta Afrika’ melalui Internet sebelum memperdaya ramai wanita tempatan membabitkan kerugian beratus ribu ringgit.
Suspek berstatus janda itu dikesan turut bekerjasama dengan 11 lelaki warga Nigeria, seorang wanita Nigeria, seorang wanita Uganda dan seorang wanita Filipina bagi membantunya melakukan penipuan terancang itu.
Difahamkan suspek memilik kepakaran dan kemahiran dalam memilih sasaran mangsa selain menyamar sebagai lelaki Eropah untuk menipu mangsa.
Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, wanita tempatan itu ditahan polis pada Rabu lalu selepas pihaknya menerima laporan daripada seorang kakitangan kerajaan yang mendakwa ditipu sebanyak RM107,350.
Menurutnya, hasil siasatan mendapati suspek masih menjalani perbicaraan mahkamah terhadap kes penipuan lain namun masih aktif mencari mangsa baru.
“Mangsa yang berusia 40 tahun itu mendakwa terpedaya dengan taktik suspek yang menyamar sebagai lelaki bernama Azim berasal dari Eropah.
“Lelaki itu berjanji mahu berkahwin dengan mangsa selepas menjalin hubungan cinta jarak jauh sejak Januari tahun ini,” katanya.
Dia berkata, mangsa diminta membayar wang berjumlah RM107,350 ke lapan akaun bank berbeza selepas ‘kekasihnya’ mendakwa menghantar bungkusan mengandungi wang tunai dolar Amerika Syarikat 1 juta ( RM 3.3 juta).
“Mangsa diminta membuat pembayaran bagi melepaskan bungkusan wang itu yang didakwa ditahan Jabatan Imigresen di Kota Kinabalu.
“Selepas membayar wang berkenaan, mangsa diminta membuat penambahan bayaran lagi menyebabkan dia mengesyaki ditipu,” katanya.
Susulan laporan diterima itu, polis bertindak melakukan siasatan sebelum berjaya menahan suspek di pekarangan Mahkamah Majistret Ampang pada Rabu lalu ketika suspek menghadiri perbicaraan kes tipu lain.
Menurutnya, hasil tangkapan wanita tempatan itu, beberapa siri serbuan dilakukan di sekitar kawasan ibu kota, Kajang dan Puchong sebelum 14 suspek lain berusia 20 hingga 30 tahun berjaya diberkas.
Chong berkata, hanya lima daripada 14 suspek ditahan mempunyai pasport sah manakala yang lain gagal menunjukkan dokumen perjalanan sah.
“Hasil serbuan itu, tujuh keping kad pengeluaran wang automatik (ATM), 26 telefon bimbit dan sembilan komputer riba dirampas daripada suspek yang dipercayai digunakan untuk tujuan penipuan.
“Selain menjadi perantara kepada anggota sindiket, wanita tempatan itu juga bertanggungjawab mengumpul akaun bank yang akan digunakan bagi tujuan pemindahan wang dari mangsa,” katanya.
Menurutnya, wang itu kemudian akan dipindahkan ke akaun di luar negara.
“Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengesan seorang lagi lelaki warga Nigeria yang juga dalang utama sindiket berkenaan,” katanya.
Anda mungkin juga meminati:

Wednesday, November 12, 2014

penipu di lebuh raya utara selatan

Pejuang Bangsa added 5 new photos.
23 hrs · 
Makluman terkini.
Harap semua penguguna h/ way utara selatan. yang bercadang nak berhenti .....buang air, makan minu , berehat atau solat...dimana2 hentian r&r di sepanjang l/raya utara-selatan......dinasihatkan tidak meletak kenderan tampa pengawasan. Kenderan hendaklah sentiasa ada orang menunggunya.
Kalau berhenti solat elok bergilir solat.begitu juga kalau ketandas dan sebagainya.
Kerana sekarang dah banyak kes....kereta akan rosak diperjalanan setelah meningalkan r&r yang tuan2 berhenti tadi.......b
Minggu lalu ada 10 kes seperti yang dikatakan tadi..
Biasanya.....kerosakan nya spt berikut:-
1. Injin over heat.....
2.minyak injin kering / injin pecah
3. Minyak brake , clutc, power stering dan berbagai2 lagi kerosakan.
Semua ini akan terjadi semasa anda sedang memandu.....yakni..sambong memandu selepas berhenti dimana2 hentian yang terdapat di sepanjang leboh raya utara selatan. Ia akan terjadi beberapa km dari hentian yang anda berhenti tadi.
Kemudian nanti....dalam masa yang pantas akan ada 1 kereta menawarkan bantuan (biasanya india pomen).....nak tunjukkan pandai dan meyakin kita dia akan terus tunjuk pada kita masallah kerosakan kereta kita.....
Conth..kalau injin kereta over hheat....dia terus tunjuk hos tangki bocor atau terkoyak....
Begitulah seterusnya.....berdasarkan kes kereta kita tu.....
Nak bagi tau semua pwngguna eboh raya sebenar nya apa2 kerosakan tadi ....adalah akibat perbuatan sengaja sendikit india tadi. Dia dengan sengaja akan merosakkan kereta2 yang paking di mana2 hentian kemudian dia akan ikut kereta tersebut semasa memulakan perjalanan.bila kereta terhenti rosak dia akan tawarkan perkidamatan tefmasok towing......bawa balik workshoop.....distu mula lah segala2 nya ...akhirnya kena sembelih...beribu ribu rm....
Ini serius!....tindakan plus sekarang sudah ada angota plus ronda (polis bantuan) tampa uniform meronda setiap r&r......tapi tak mampu membendung...sebab sendikit india ni ada banyak grup dan aktiv bergerak .
Nasihat saya dari sumber plus ronda....elak kan berhenti di mana hentian....kalau terpaksa...se elok2nya biar ada orang menunggu dalam kenderan....paking dan tingalkan kenderan di hentian leboh raya dah x selamat lagi..
Saya mohon panjangkan berita ini pafa semua kenalan dan keluarga masing2...demi keselamatan kita semua...wasalam.
‪#‎copy‬ paste utk kebaikan bersama#
LikeLike ·  · 

Wednesday, August 13, 2014

orang bijak sukar ditipu

Like · · · 232
Anda memenangi tempat kedua..
Cabutan bertuah dr Shell Sdn Bhd...
Rm 25,000
01114002881....
Cuba lah korang col yew..
Pg nie boss aku saja col gne phone opis..
Saja kami nak tgk betul ke tak...
Nak tau apa jwpnnya?
Bila bos aku tnya ada no telefon opis tak?
Dia cakap x de..
Alololoooooo...
Syarikat Shell tu bkn nya cm kdai kopi kg...
Kecil...
Pnya lah terknl n satu syarikat yg besar...
Boley x de no opis...!?? Krempessss tol
Kne sound setepek ngan bos aku...
Lain kali klau nak menipu jgn wat cara cam niee...
Klau x percaya jgn col...hahahhaha tu jwanpnya...
Bila dah kantoii
Trus putuskan talian....
See...senang jew nak menipu....
Klau org yg betul2 percaya?
Hurmmmmmmm.....
Kesian kan....
Amik lah no tu n col...
Dia rindu nak berbual kot..
X pn dia x de kwn nak berbual2...
Kesian...kesian...kesian

Saturday, July 26, 2014

perempuan mudah ditipu

Lesap bersama modal perniagaan RM50,000

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi dan Siti Nadzirah Che Mud
Kuala Lumpur: Seorang suri rumah kerugian kira-kira RM50,000 selepas mendakwa ditipu seorang lelaki yang kononnya mahu menggunakan wang berkenaan untuk melabur dalam perniagaan buah-buahan.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Choe, 34, berkata, dia menyerahkan wang berkenaan kepada suspek yang juga teman lelaki kakaknya.
Bagaimanapun, selepas memperoleh wang berkenaan, suspek menghilangkan diri menyebabkan mangsa membuat laporan di Balai Polis Tun HS Lee kelmarin untuk tindakan selanjutnya.
Menceritakan semula kejadian itu, Choe berkata, dia mengenali lelaki terbabit pada 2011 melalui kakaknya sebelum mereka berbincang mengenai perkongsian perniagaan buah-buahan.
“Lelaki terbabit pada mulanya memberitahu dia tidak mempunyai modal dan ingin menjadikan saya sebagai rakan kongsi.
“Malah, dia memberitahu akan membahagi keuntungan sama rata apabila perniagaan itu berjaya nanti.
“Saya yang tertarik dengan tawaran itu bersetuju selepas dia turut berjanji akan membayar semula wang dipinjam,” katanya.
Menurutnya, dia pada mulanya memberi RM10,000 sebagai modal untuk membuka perniagaan pada 10 Mac 2011 sebelum memasukkan lagi RM20,000 ke dalam akaun bank lelaki itu pada 16 Mac 2011.
“Selepas tujuh bulan dia sekali lagi menghubungi saya dan memaklumkan jumlah wang masih belum mencukupi dan meminta saya memasukkan lagi wang pelaburan.
“Saya yang tidak mengesyaki apa-apa memberikan RM20,000 lagi kepadanya.

Sejak itu setiap kali saya bertanya mengenai perniagaan kami, bermacam-macam alasan diberikan kononnya dia sedang berusaha memajukan perniagaan kami,” katanya.
Katanya, merasakan dirinya ditipu, dia menemui lelaki terbabit di Pasar Borong Selangor April lalu, namun gagal apabila hanya dapat berjumpa dengan pekerjanya saja selepas lelaki itu tidak muncul.
“Sehingga kini, setiap kali saya menghubunginya dia tetap berdalih dan enggan memulangkan wang dipinjam.
“Buntu dan percaya ditipu akhirnya saya tampil membuat laporan polis,” katanya.
Artikel ini disiarkan

Wednesday, July 9, 2014

di masjid duit hilang


RM30,000 lesap ketika tarawih
  • Idah membuat laporan polis berhubung insiden kecurian dialaminya. Idah membuat laporan polis berhubung insiden kecurian dialaminya.
1 / 1
SEGAMAT - Seorang suri rumah yang tinggal di Jalan Muar, dekat sini, kerugian kira-kira RM30,000 apabila beg tangan yang dibawanya ke masjid untuk menunaikan solat tarawih dicuri.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 malam kelmarin, suri rumah berkenaan yang hanya ingin dikenali Idah, 50an, berkata, sepanjang Ramadan ini, dia dan suaminya sering solat berjemaah dan bertarawih di sebuah masjid di Jalan Muar, di sini.

“Saya sedar beg tangan saya tidak ada selepas selesai menunaikan solat tarawih kira-kira pukul 10.15 malam dan ketika itu ramai juga jemaah wanita yang datang. Beg tersebut saya letakkan di hadapan saf wanita.

“Di dalam beg tersebut ada barang kemas dan wang tunai milik saya dan saya risau meninggalkan barangan tersebut di rumah kerana hanya tinggal saya dan suami berdua sahaja di rumah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, dia merasakan lebih selamat membawa semua barang kemas dan wang  tunai tersebut ke masjid dan tidak menyangka ada  individu yang tergamak mencuri di dalam  rumah ALLAH ketika jemaah lain sedang beribadah.

Akibat kejadian tersebut, dia kehilangan barangan kemas seperti gelang tangan, rantai leher, loket emas, kunci rumah, dokumen-dokumen penting seperti identiti pengenalan diri dan kad bank.

“Jumlah kerugian tersebut saya anggarkan sebanyak RM30,000. Ketika kejadian juga, saya bersolat di saf paling hadapan dan berhampiran pintu ke tempat mengambil air sembahyang dan menjadi kebiasaan jemaah wanita di sini untuk meletakkan beg mereka di hadapan sejadah masing-masing.

“Pada rakaat ke-17 solat tarawih, saya seperti terperasan kelibat manusia melintas di hadapan saya ketika sedang sujud namun tidak menganggap ia sesuatu yang mencurigakan sehinggalah saya menyedari kehilangan beg saya,” katanya.

Bimbang kejadian serupa menimpa jemaah lain, Idah kemudiannya membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat dan reda atas kehilangan beg tangannya itu pada bulan yang mulia ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi,  mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut dan siasatan juga sedang dijalankan.